Selangor catat penurunan kes

PUTRAJAYA 13 Mac – Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 551 kes (37.5 peratus).

Bagaimanapun jumlah itu turun berbanding 751 kes semalam.

Daripada 551 kes itu, sebanyak 473 kes (85.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 222 kes (15.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 178 kes (12.1 peratus).

  • Selangor: 551 kes 
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 412 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 222 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 123 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 60 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 178 kes 
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 80 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 158 kes  
    • 90 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pria;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 101 kes  
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mega Cemerlang;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment