5,937 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 31 Mac – Indonesia setakat hari ini merekodkan 1,511,712 kes jangkitan Covid-19 dengan penambahan 5,937 kes baharu dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Kes tersebut dikesan di 33 provinsi seluruh Indonesia kecuali Maluku yang tidak mencatatkan penambahan kes.

Lima provinsi menunjukkan penambahan kes baharu tertinggi iaitu Jawa Barat yang merekodkan 975 kes diikuti Jakarta (965), Banten (950), Jawa Tengah (497) dan Jawa Timur (301).

Bagi tempoh yang sama sebanyak 5,636 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih sebanyak 1,348,330.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga meningkat apabila 104 pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 40,858

Related posts

Leave a Comment