PUTRAJAYA 31 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 661 kes (44.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 565 kes (85.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 200 kes (13.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 176 kes (11.9 peratus). Selangor: 661 kes 400 kes daripada kluster-kluster; termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rasmi dan Kluster Hevea Scruciana; 165 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 96 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Pulau Pinang: 200 kes 104 kes daripada kluster-kluster; termasuk 87 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Jelawat; 56 kes daripada saringan…
Read MoreMonth: March 2021
Kes baharu meningkat semula
PUTRAJAYA 31 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 hari ini kembali meningkat apabila merekodkan 1,482 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 345,500 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,482 kes baharu, sebanyak 1,480 merupakan kes tempatan dan dua lagi adalah kes import. Katanya, seramai 164 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 memerlukan bantuan alat pernafasan. Sementara jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,070 kes menjadikan jumlah kumutaltif sebanyak 329,624 kes. Terdapat tujuh lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,272 kes. Kes…
Read MoreBersatu, Pas kukuh kerjasama PN
KUALA LUMPUR 31 Mac – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sepakat untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Kedua-dua parti itu juga menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15 terutamanya melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya. Bersatu dan Pas juga akan menubuhkan Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti untuk menghadapi PRU15 termasuk rundingan pengagihan kerusi. Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dimuktamadkan secara kolektif dalam…
Read MoreCovid-19 tidak mungkin ‘insiden makmal’
GENEVA 31 Mac – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan laporan mengenai asal usul Covid-19, selepas penyelidikan bersama dengan China berhubung isu termasuk bagaimana virus itu merebak dan penyelidikan akan datang di pelbagai negara. Penyelidikan selama 28 hari bermula 14 Januari hingga 10 Februari di Wuhan, China itu dilakukan 34 pakar WHO dan China. Pasukan penyelidik itu diketuai Dr Peter Ben Embarek dan Professor Liang Wannian dan dianggotai saintis dari Australia, China, Denmark, Jerman , Jepun, Kenya, Netherlands, Qatar, Russia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam. Menurut laporan itu, ‘kemungkinan besar’ Covid-19 mula merebak melalui…
Read MoreBelum masa UMNO tinggalkan Kabinet
PUTRAJAYA 31 Mac – Bukan sekarang masanya anggota Kabinet yang mewakili UMNO meletak jawatan. Mungkin Ogos selepas darurat berakhir. Setakat ini juga belum ada keputusan yang muktamad dari Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Justeru, sehingga hari ini, anggota Kabinet kekal dan sewajarnya tidak ada lagi cabar mencabar supaya menteri UMNO meletak jawatan. Mereka yang mendesak perlu bersabar menanti kesudahannya pada Ogos nanti. Hakikatnya keputusan sudah dibuat iaitu UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum nanti tetapi kekal bersama kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan. Pendirian ini perlu difahami. Desakan…
Read MorePerjanjian global hadapi pandemik
PEMIMPIN 25 buah negara dan agensi antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersetuju bekerjasama ke arah mewujudkan perjanjian antarabangsa baharu untuk kesediaan dan tindak balas pandemik. Mereka menyokong idea itu yang akan membantu dunia menangani keadaan darurat kesihatan pada masa depan seperti pandemik Covid-19 yang kini melanda dunia. “Pandemik dan keadaan darurat kesihatan lain akan muncul. Tiada satu-satu pemerintah atau agensi pelbagai hala yang boleh menangani ancaman ini secara bersendirian,” kata para pemimpin itu dalam satu artikel pendapat bersama yang diterbitkan akhbar-akhbar utama. “Persoalannya bukan jika, tapi bila. Bersama-sama, kita…
Read MorePM Itali disuntik AstraZeneca
PERDANA Menteri Itali Mario Draghi menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca pada Selasa, 30 Mac bagi menunjukkan sokongan terhadap penggunaan vaksin berkenaan. Kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, pemimpin berusia 73 tahun itu dan isterinya, Maria Serenella Cappello, divaksin di stesen kereta api Termini di Rom. Awal bulan ini, Itali menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca keluaran Oxford selama beberapa hari berikutan timbul kebimbangan vaksin berkenaan yang dikatakan menyebabkan berlaku pembekuan darah. Bagaimanapun ia dibenarkan selepas mendapat jaminan daripada Agensi Perubatan Eropah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyatakan vaksin AstraZeneca selamat untuk digunakan.…
Read MoreElak sembang dalam MRT
SINGAPURA 31 Mac – Jika anda menaiki MRT Singapura dan berbual-bual di dalamnya, mulai hari ini anda mungkin ditegur oleh kakitangan stesen kereta api yang membawa poster tertera mesej: “Elakkan daripada berbual-bual”. Langkah itu adalah susulan daripada usaha SMRT untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 dan memberikan khidmat lebih baik kepada para penumpang. Sebelum ini juga SMRT mengeluarkan klip video yang meminta pengguna tidak berbual semasa berada di dalam kereta api itu. SMRT melalui catatan di laman Facebooknya menyatakan poster-poster itu bertujuan untuk mengingatkan para penumpang supaya jangan banyak bercakap semasa…
Read MoreBimbang akses asal usul Covid-19
AMERIKA Syarikat dan 13 negara lain dalam satu kenyataan bersama bimbang dengan penangguhan laporan asal-usul Covid-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan ketiadaan akses bagi data lengkap. Kenyataan bersama ini ditandatangani Australia, Kanada, Republik Czech, Denmark, Estonia, Israel, Jepun, Latvia, Lithuania, Norway, Korea Selatan, Slovenia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ini susulan pendedahan Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengenai tindakan China merahsiakan data daripada pasukan penyiasat badan dunia itu. Kesemua negara menegaskan wujud kepentingan menyuarakan keprihatinan bahawa kajian-kajian pakar antarabangsa mengenai asal-usul Covid-19 tertangguh dengan ketara. China didakwa…
Read More