42 kes baharu di Thailand

BANGKOK 31 Mac – Thailand merekodkan 42 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 24 kes tempatan dan 18 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 28,863.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada 24 kes tempatan itu, 19 kes dilaporkan di hospital manakala lima lagi di dalam komuniti.

Samut Sakhon mencatatkan 11 kes, Bangkok 10, dan Samut Prakan mencatatkan tiga kes yang semuanya melibatkan rakyat tempatan dan Myanmar.

Terdapat tiga kes melibatkan mereka yang berusia 12 dan 14 tahun, di mana puncanya dari anggota keluarga yang keluar bekerja dan tidak menyedari dijangkiti.

Sebanyak 18 kes import pula melibatkan ketibaan mereka dari United Kingdom, Pakistan, Netherlands, Malaysia, Qatar, Amerika Syarikat , Ethiopia, Kanada , Turki, Sudan, Seychelles, Sudan Selatan, Myanmar dan Filipina .

Sementara itu daripada 28,863 keseluruhan kes, sebanyak 27,426 dilaporkan pulih termasuk 47 yang terkini manakala 1,343 lagi masih di hospital di mana enam daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment