585 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 31 Mac – Arab Saudi  terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 585 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 556 kes yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 390,007 dengan 5,225 kes aktif di mana 693 kritikal.

Dalam tempoh itu juga, enam lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 6,669 orang.

Kementerian juga merekodkan 369 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah pulih meningkat menjadi 378,083 orang.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes baharu tertinggi berbanding daerah lain dengan catatan 234 kes diikuti daerah Timur 110 dan Makkah 103 kes.

Related posts

Leave a Comment