Filipina catat 747,288 kes Covid-19

MANILA 31 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 6,128 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 747,288.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 9,296 kes yang dilaporkan semalam.

Setakat pukul 4 petang ini juga, jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 13,297 apabila 106 kematian baharu direkodkan.

Bagaimanapun kes pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 491 lagi pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 603,746 atau 80.8 peratus.

Kes aktif pula adalah 130,245 atau 17.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment