327 kes jangkitan di Arab Saudi

RIYADH 23 Feb. – Arab Saudi mencatatkan 327 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas yang menjadikan jumlah kumulatif 375,333 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), lima lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 yang membawa kepada 6,466 kematian.

Kes pesakit  sembuh pula meningkat kepada 366,412 orang termasuk 318 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Sementara itu Riyadh terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 174 kes diikuti daerah timur 69 kes dan daerah Makkah 31 kes.

Bagi kes aktif pula, terdapat sedikit penurunan iaitu 2,455 kes di mana 497 kritikal.

Related posts

Leave a Comment