3,331 sembuh 3,545 kes baharu

PUTRAJAYA 24 Feb. – Selepas dua hari angka jangkitan tidak mencecah 3,000 kes, hari ini jumlah kes baharu meningkat kepada 3,545 berbanding semalam 2,468 dan sebelumnya 2,169.

Satu kes import dilaporkan sementara satu kluster di Negeri Sembilan menjadi penyumbang besar iaitu sebanyak 1,338 kes. Jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 291,774 manakala 12 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia sebanyak 1,088 orang

Sebanyak 29 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (14 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (12 kes), Kluster Telok Mas (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

Dalam pada itu, kes sembuh baharu dicatatkan lebih rendah berbanding kes jangkitan baharu iaitu sebanyak 3,331 dan menjadikan jumlah kes sembuh kini 260,009 (89.11 peratus daripada keseluruhan kes).

Jumlah kes aktif pula sebanyak 30,677 setakat ini yang mana 189 berada di dalam unit rawatan rapi, termasuk 88 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 12 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia 1,088 orang

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tujuh kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua di Selangor, dan masing-masing satu di  Sabah, Terengganu, dan Pulau Pinang. Sebanyak 11 kes kematian melibatkan warganegara.

Related posts

Leave a Comment