PM terima suntikan vaksin Covid-19

PUTRAJAYA 24 Feb. – Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sekali lagi menyeru rakyat mendokong usaha kerajaan melaksanakan program vaksinasi bagi menentukan negara kita dalam satu tempoh dalam masa yang singkat akan bebas Covid-19.

Justeru beliau menyeru rakyat Malaysia mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk segera mendapatkan vaksin

PUTRAJAYA 24 Feb. – Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sekali lagi menyeru rakyat mendokong usaha kerajaan melaksanakan program vaksinasi bagi menentukan negara kita dalam satu tempoh dalam masa yang singkat akan bebas Covid-19.

Justeru beliau menyeru rakyat Malaysia mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk segera mendapatkan vaksin tersebut.

“Tidak rasa pun, macam cucuk biasa,” kata Perdana Menteri, selepas menjadi individu pertama disuntik vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech di negara ini.

Muhyiddin disuntik di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11 pukul 2.42 petang oleh jurusuntik yang dilantik Kementerian Kesihatan, Lina Ibrahim yang juga merupakan Ketua Jururawat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya.

Ia disusuli Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Putrajaya.

Suntikan itu sebagai simbolik kepada pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Bercakap kepada media selepas disuntik vaksin itu, Muhyiddin menzahirkan rasa syukur selain yakin bahawa vaksin tersebut cukup selamat dan berkesan.

“Kalau tengok keadaan saya setakat ini, alhamdulillah. Jadi, saya hendak menyeru seluruh rakyat Malaysia dan mereka yang tinggal di Malaysia yang telah kita putuskan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara percuma.

“Tampil ke hadapan untuk mendaftar dalam MySejahtera supaya dapat ditentukan giliran bila mana saudara saudari untuk diberi suntikan vaksin Covid-19,” katanya.

Malah, beliau menggesa rakyat untuk yakin dan percaya bahawa usaha yang sedang dilakukan kerajaan ini adalah untuk memutuskan jangkitan Covid-19.

Perdana Menteri bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dan empat petugas barisan hadapan yang lain menerima suntikan vaksin Covid-19.

 

Related posts

Leave a Comment