12 kes harian import di Singapura

SINGAPURA 20 Feb. – Sebanyak 12 kes baharu  Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini, Sabtu kesemuanya kes import dan tiada kes penularan tempatan mahupun di asrama pekerja asing.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes import hari ini termasuk dua rakyat Singapura yang pulang dari India dan United Kingdom, dua kes melibatkan pemegang Pas Tanggungan yang tiba dari India.

Selain itu, tiga kes adalah pemegang Pas Pelajar yang tiba dari India, dua  kes pemegang Pas Kerja yang tiba dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat, satu kes melibatkan pemegang Permit Kerja dari Indonesia, yang bekerja sebagai pembantu rumah asing.

Baki dua kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek.

Menurut MoH, sebanyak 22 lagi kes dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah kes sembuh 59,719.

Terdapat 20 pesakit COVID-19 yang masih dirawat di hospital, dengan seorang berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Sebanyak 90 kes lain diasingkan dan dirawat di kemudahan masyarakat, terdiri daripada mereka yang mengalami gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih positif Covid-19.

Setakat ini Singapura melaporkan 59,858 kes Covid-19 dengan 29 kematian. 

Related posts

Leave a Comment