Selangor 1,001 kes, Kelantan naik

SELANGOR mendahului dengan 1,001 kes tetapi Kelantan menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 257 berbanding semalam 38 kes.

Daripada 1,001 kes ini, sebanyak 757 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 257 kes (10.4 peratus) dan Johor sebanyak 233 kes (9.5 peratus).

  • Selangor: 1,001 kes 
    • 409 kes daripada kluster-kluster; termasuk 50 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perdana Tiga dan Kluster Jalan Perusahaan Satu;
    • 348 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 244 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 257 kes
    • 196 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 233 kes  
    • 106 kes daripada kluster-kluster, termasuk 56 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tanjung Enam, Kluster Jalan Wawasan 14, Kluster Batu Dua Setengah, dan Kluster Jalan Lapangan Terbang;
    • 73 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 54 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 230 kes  
    • 89 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment