2,240 kes baharu di Filipina

MANILA 20 Feb. – Filipina hari ini menambah 2,240 lagi kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 559,288 kes.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan setakat pukul 4 petang, sebanyak 239 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 12,068 orang.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 504 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan jumlah kes sembuh kepada 513,120 atau 91.7 peratus.

Kes aktif pula sebanyak 34,100.

Related posts

Leave a Comment