Kes harian 2,461, kematian 8

PUTRAJAYA 20 Feb. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tambahan 2,461 kes  Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini meningkat kepada 280,272 kes.

Daripada jumlah itu, 1,589 melibatkan warganegara dan 872 bukan warganegara.

Sebanyak 298 kes (12.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (50 kes).

Kluster Tembok Bendera (39 kes), Kluster Tembok Tapah (33 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), Kluster DTI Sepang 2 (8 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (3 kes).

Sebanyak lapan kematian direkodkan yang melibatkan empat kes di Sarawak, dan masing-masing satu di Selangor, Sabah, Perak, dan Kelantan.

Kesemua  kes kematian melibatkan  warganegara.

Sementara kes sembuh hari ini sebanyak 4,782 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 244,753 sementara kes aktif 34,468 kes.

Sebanyak 207 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) , 91 memerlukan  bantuan pernafasan .

Related posts

Leave a Comment