Thai catat 71 tempatan, 11 import

BANGKOK 20 Feb. – Sebanyak 82 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand meningkat kepada 25,323.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah itu, sebanyak 71 adalah kes tempatan manakala baki 11 kes adalah import.

Daripada 71 kes tempatan, Samut Sakhon merekodkan 35 kes atau 49.3 peratus, Bangkok enam kes, dan lain-lain wilayah 30 kes.

Sementara itu kes import yang dikuarantin pula melibatkan ketibaan dari Amerika Syarikat  (2), Rusia (2), Jerman (1),India (1), Nigeria (1), Perancis (1), Kenya (1), Emiriyah Arab Bersatu (1), dan Bahrain (1).

Jika mengikut kewarganegaraan pula, dua orang masing-masing adalah Thai, Amerika, Rusia manakala satu masing-masing India, Nigeria, Perancis dan  Uganda.

Sebanyak 24,129 atau 95.3 peratus kes dilaporkan sembuh termasuk 59 yang dibenarkan keluar hospital dalam tempoh 24 jam manakala 1,111 masih di hospital.

Jumlah kematian pula kekal 83.

Related posts

Leave a Comment