10 kluster baharu, 510 aktif

PUTRAJAYA 20 Feb. – Sepuluh lagi kluster kesemuanya berkaitan tempat kerja dikesan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,068 kluster.

Bagaimanapun 558 kluster telah tamat termasuk 11 yang tamat hari ini iaitu

Kluster Jalan Terolak, Kluster Persiaran Tasek, Kluster Jalan Mawila, Kluster Rawa Akasia, Kluster Pasar Baru, Kluster Sawmill Luit, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Kampung Badak, Kluster Jalan Ijuk, Kluster Belati, dan Kluster Setapak Indah;

Kluster aktif pula adalah 510 di mana 91 kluster menambah kes termasuk Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Sungai Putus (128 kes), dan Kluster Tanjung Suria (64 kes).

Berikut 10 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN PERUSAHAAN SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Perusahaan 1, Kawasan Perusahaan Beranang, Hulu Langat. Sehingga 20 Februari, sejumlah 472 individu disaring, di mana 43 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERDANA TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula 25 Disember 2020 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Kawasan Industri Rawang Perdana, Rawang. Sehingga 20 Februari , 87 individu disaring, di mana 52 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN LAPANGAN TERBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 482 individu disaring, di mana 41 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TANJUNG ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah kilang di Jalan Tanjung A/6, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 341 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN WAWASAN 14

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265716) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Wawasan 14, Kawasan Perindustrian Sri Gading II, Batu Pahat. Sehingga 20 Februari, sejumlah 70 individu disaring, di mana 17 dikesan positif.

  • KLUSTER BATU DUA SETENGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-230283) dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang di Batu 2 1/2, Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 154 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PASAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-252809) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan sosial pekerja-pekerja sebuah pasar yang terletak di Kota Belud, Sabah. Sehingga 20 Februari, sejumlah 180 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PELABUHAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261378) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang tinggal di Jalan Pelabuhan Utama, Taman Perindustrian IKS, Manjung. Sehingga 20 Februari, sejumlah 52 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BATU SEBELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-271720) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 11, off Jalan Kuala Kangsar, Chemor. Sehingga 20 Februari, sejumlah 22 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA KASIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Desa Kasia, Bandar Baru Nilai, Seremban. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 155 individu disaring, di mana 51 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment