135 rentas negeri, daerah

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Sepanjang semalam, sebanyak 135 individu melakukan kesalahan rentas negeri atau daerah, kesalahan paling tinggi iikuti 128 orang gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 461 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi operasi pematuhan yang dijalankan pada Jumaat.

Kesalahan lain yang direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan (72 kes), tidak memakai pelitup muka (77) manakala lain-lain (42).

“Daripada jumlah itu, 430 telah dikenakan kompaun manakala 31 direman,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengenai Op Benteng pula, Ismail Sabri berkata, 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga tekong telah ditahan manakala lapan kenderaan darat dirampas menerusi operasi itu, semalam.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 119 buah bot atau kapal di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan,” tambahnya.

Sebanyak 543 sekatan jalan raya (SJR) turut dijalankan di seluruh negara pada Jumaat.

Related posts

Leave a Comment