Selangor kembali mendahului

SELANGOR kembali mendahului kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes (41.5 peratus) selepas Perak yang tertinggi semalam berada di kedudukan kelima dengna 148 kes.

Daripada jumlah ini kes di Selangor itu, sebanyak 742 kes (81.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 303 kes (13.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 221 kes (10.1 peratus).

  • Selangor: 910 kes 
    • 415 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kota, Tapak Bina Lombong Timah, dan Kluster Pasar Jalan Putra;
    • 327 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 168 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 303 kes
    • 177 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Batu;
    • 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 221 kes
    • 87 kes daripada kluster-kluster, termasuk 68 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Emperoh Jambu dan Kluster Sungai Bakong;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 211 kes
    • 85 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 57 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Perak: 148 kes
    • 102 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 135 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hilir Sungai Kluang;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment