120 cuba rentas negeri/daerah

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Seramai 509 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 466 dikompaun, 39 direman dengan empat daripadanya dijamin.

Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan yang direkodkan ialah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (120), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (111), tiada penjarakan fizikal (95) dan aktiviti perjudian (54).

Sebanyak 49 kes tidak memakai pelitup muka, manakala aktiviti pusat hiburan (37), keluar rumah tanpa alasan munasabah (11), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (8) dan lain-lain (24).

Sementara itu , seramai 10,288 warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu, sembilan didapati positif.

Secara kumulatif, seramai 437,211 pekerja warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah ini, seramai 7,852 orang telah disahkan positif.

Related posts

Leave a Comment