Lapan kluster baharu, 14 tamat

PUTRAJAYA 22 Feb. – Lapan kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,082 manakala jumlah kluster tamat meningkat kepada 578 berikutan 14 lagi kluster tamat hari ini.

Kluster aktif pula 504 termasuk lapan kluster yang direkodkan hari ini yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti.

Empat belas kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Parit Jamil, Kluster Manik, Kluster Batu Lapan, Kluster Paloh Tumpat, Kluster Pondok Hidayah, Kluster Sungai Chemubong, Kluster Jalan TJ, Kluster Stutong, Kluster Sungai Ibor, Kluster Industri Apas, Kluster Jalan KKIP Selatan, Kluster Kampung Bukit Lada, Kluster Teknologi Kesidang, dan Kluster Tropika.

Sementara itu, sebanyak 99 kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini termasuk Kluster Sungai Putus (186 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Pantai (62 kes), dan Kluster Jalan Cochrane (54 kes).

Lapan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah :

  • KLUSTER TAPAK BINA LOMBONG TIMAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat, Petaling, dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Lombong Timah 3, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat. Sehingga 22 Februari, sejumlah 566 individu disaring, di mana 45 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN KOTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Kawasan Perindustrian Kota Elmina, Rawang, Gombak. Sehingga 22 Februari, sejumlah 121 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PASAR JALAN PUTRA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah perniagaan runcit yang terletak dalam kawasan pasar borong di Sri Kembangan, Petaling. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 115 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI BATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak berhampiran Sungai Batu di Jalan Ipoh, Kepong. Sehingga 22 Februari, sejumlah 385 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER EMPEROH JAMBU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak . Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271927) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian di Kampung Emperoh Jambu, Padawan, Samarahan yang berlangsung di antara 3 hingga 5 Februari 2021. Sehingga 22 Februari, sejumlah 337 individu disaring, di mana 60 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI BAKONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Tiga kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke- 277615, kes ke-277617, dan kes ke-277618) dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak berhampiran dengan Sungai Bakong di Meradong. Sehingga 22 Februari, sejumlah 593 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

  • KLUSTER HILIR SUNGAI KLUANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Barat Daya, dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 22 Februari, sejumlah 327 individu disaring, di mana 41 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI SUNGAI GADUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Rembau, dan Tampin di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, Seremban. Sehingga 22 Februari, sejumlah 2,044 individu disaring, di mana 65 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment