Kes harian Filipina 2,288

MANILA 22 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,288 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 563,456 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, enam lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 12,094 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 522,874 orang atau 92.8 peratus daripada jumlah kes termasuk 33 kes sembuh hari ini. Kes aktif pula 28,488 orang.

Sementara itu Filipina meluluskan vaksin Sinovac Biotech Covid-19 untuk penggunaan kecemasan, tetapi bukan untuk 1.4 juta petugas khidmat kesihatan yang berisiko terdedah kepada virus itu disebabkan tahap keberkesanan vaksin yang berbeza-beza.

Menurut Agensi Makanan dan Perubatan (FDA), data ujian peringkat akhir menunjukkan keberkesanan vaksin itu rendah apabila diberikan kepada petugas kesihatan yang terdedah kepada Covid-19 berbanding jika diberikan kepada individu-individu sihat dalam lingkungan usia 18 dengan 59 tahun.

CoronaVac adalah calon ketiga vaksin yang menerima kelulusan bagi penggunaan kecemasan di negara Asia Tenggara yang mempunyai lebih 108 juta penduduk.

Related posts

Leave a Comment