353 kes baharu di Saudi

RIYADH 12 Feb. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus kekal melebihi angka 350 apabila merekodkan 353 kes jangkitan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 372,073 kes. Sebelum ini, Arab Saudi merekodkan 386 kes pada 6 Februari diikuti 317 ; 356 ; 353 ; 369 dan 364 kes pada 11 Februari. Pada masa yang sama empat pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes 372,073. Sebanyak 305 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada 362,947 pesakit pulih daripada jangkitan. Riyadh merekodkan 168 kes…

Read More

16 import, 2 tempatan di Singapura

SINGAPURA 12 Feb. – Sebanyak 16 kes import dan dua kes jangkitan tempatan Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 59,777 dengan jumlah kematian kekal 29. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) tiada kes di asrama pekerja asing dilaporkan dan kesemua 16 kes baharu import diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN). Kedua-dua kes jangkitan tempatan (dalam masyarakat) melibatkan isteri dan anak pemilik gerai di Chinatown Complex. Pemilik gerai berusia 66 tahun dan seorang lagi anak lelakinya, 32 tahun, dilaporkan sebagai kes Covid-19 pada Khamis. Empat beranak itu…

Read More

Thailand catat 175 kes baharu

BANGKOK 12 Feb. – Sebanyak 175 lagi kes Covid-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif di Thailand meningkat kepada 24,279 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 120 kes dikesan dalam masyarakat manakala 47 lagi ketika rawatan di hospital. Samut Sakhon merekodkan 95 kes baharu iaitu 60 dalam masyarakat  iaitu melibatkan 49 warga Myanmar dan 11 warga Thailand manakala kes hospital pula turut melibatkan 18 warga Myanmar dan 15 Thailand. Sementara itu lapan kes kuarantin selepas ketibaan adalah dari Jordan (1), Jerman (1), Sweden (1), Indonesia (1), Itali (1),…

Read More

Indonesia catat 1.2 juta kes

JAKARTA 12 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 1.2 juta orang atau lebih tepat 1,201,859 kes. Hari ini sebanyak 9,869 kes baharu dilaporkan Lima wilayah yang merekodkan kes harian tertinggi hari jni adalah Jakarta yang mencatatkan 3.810 kes, Kalimantan Timur 931, Jawa Timur 776 , Jawa Barat 683 dan Sulawesi Selatan 676. Pada masa sama, sebanyak 11.000 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pesakit pulih dari Covid-19 sebanyak 1,004,117 orang. Selain itu, ada penambahan pesakit meninggal dunia iaitu 275 orang dan ini menjadikan jumlah…

Read More

2,022 jangkitan baharu di Filipina

MANILA 12 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,022 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 545,300. Setakat pukul 4 petang hari ini, DoH juga merekodkan 26 lagi pesakit meninggal dunia yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kematian iaitu 11,495. Bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 333 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan jumlah kes pulih kepada 500,654 atau 91.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 33,151 atau 6.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

484 kluster aktif, 14 kluster baharu

PUTRAJAYA 12 Feb. – Sebanyak 14 kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif kini 484 dengan 83 daripadanya mencatatkan pertambahan kes hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham. Katanya, daripada 14 kluster baharu itu, 13 membabitkan tempat kerja iaitu Kluster Jalan Seelong, Jalan Perindustrian Elektronik, Jalan Besar Pontian, Ladang Pekan serta Perindustrian Pelepas di Johor. Selain itu, Kluster Jalan Jelapang dan Jalan Perusahaan Tiga dilaporkan di Perak; Kluster Tapak Bina Damar dan Taman Industri di Selangor; Kluster Tapak Bina Pantai Dalam di Kuala Lumpur, Kluster Selambau di Kedah; Kluster Teknologi Berendam di Melaka dan Kluster Pangkal Changgong di Kelantan. Baki satu kluster lagi ialah dalam…

Read More

Selangor masih catat 4 angka

SELANGOR terus merekodkan jumlah kes harian baharu tertinggi iaitu 1,214 kes diikuti Johor (742 kes) dan Kuala Lumpur (374). Ia diikuti Kedah (188 kes); Pulau Pinang (149); Sabah dan Negeri Sembilan masing-masing 118 kes; Perak (99); Sarawak (83); Kelantan (79); Terengganu (72); Melaka (45); Pahang (30); Putrajaya (enam); dan Labuan satu kes. Selangor: 1,214  kes  489 kes daripada kluster-kluster; termasuk 78 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Damar dan Kluster Taman Industri; 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu (1) kes import dari luar negara; dan 357 kes daripada lain-lain…

Read More

3,318 kes baharu, 3,505 sembuh

PUTRAJAYA 12 Feb. – Sebanyak 3,318 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes sebanyak 258,306, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, 3,311 kes adalah penularan tempatan melibatkan 1,673 warga tempatan dan 1,638 bukan warga negara manakala tujuh kes lagi merupakan kes import membabitkan tiga warga tempatan dan empat warga asing. Sebanyak 37 kes (1.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (15 kes), Kluster Tembok Bendera (10 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa…

Read More

Pendaftaran vaksinasi mulai Mac

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 bagi orang ramai dijangka bermula Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. Katanya, mereka boleh berbuat demikian menerusi lima kaedah termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera. “Sekiranya tiada MySejahtera, orang ramai boleh mengakses laman sesawang (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19-JKJAV) yang akan dilancarkan perdana menteri pada minggu depan. “Selain itu, talian hotline (nombor ditetapkan kemudian), pendaftaran secara manual di klinik dan hospital awam serta swasta, dan kelima, jika berada di kawasan…

Read More

PM penerima pertama vaksin

PERDANA Menteri, Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 apabila bekalannya sampai di Malaysia hujung bulan ini. Perkara itu disahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. “Ya saya sahkan PM adalah orang pertama disuntik vaksin Pfizer sebab nak beri keyakinan kepada orang ramai bahawa vaksin selamat diguna pakai,” katanya dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam semalam (Khamis). Pada 4 Februari lepas, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan…

Read More