Pendaftaran vaksinasi mulai Mac

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 bagi orang ramai dijangka bermula Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Katanya, mereka boleh berbuat demikian menerusi lima kaedah termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Sekiranya tiada MySejahtera, orang ramai boleh mengakses laman sesawang (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19-JKJAV) yang akan dilancarkan perdana menteri pada minggu depan.

“Selain itu, talian hotline (nombor ditetapkan kemudian), pendaftaran secara manual di klinik dan hospital awam serta swasta, dan kelima, jika berada di kawasan pedalaman, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendaftarkan penerima termasuk warga emas,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang disiarkan semalam, bertajuk “Vaksin: Kendurkan Ketegangan dan Kerisauan terhadap COVID-19”.

Related posts

Leave a Comment