Selangor masih catat 4 angka

SELANGOR terus merekodkan jumlah kes harian baharu tertinggi iaitu 1,214 kes diikuti Johor (742 kes) dan Kuala Lumpur (374).

Ia diikuti Kedah (188 kes); Pulau Pinang (149); Sabah dan Negeri Sembilan masing-masing 118 kes; Perak (99); Sarawak (83); Kelantan (79); Terengganu (72); Melaka (45); Pahang (30); Putrajaya (enam); dan Labuan satu kes.

  • Selangor: 1,214  kes 
    • 489 kes daripada kluster-kluster; termasuk 78 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Damar dan Kluster Taman Industri;
    • 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 357 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 742 kes  
    • 523 kes daripada kluster-kluster, termasuk 378 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Perindustrian Elektronik, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Perindustrian Pelepas, dan Kluster Ladang Pekan;
    • 105 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 113 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 374 kes  
    • 152 kes daripada kluster-kluster, termasuk 84 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Pantai Dalam;
    • 106 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 111 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kedah: 188 kes
    • 156 kes daripada kluster-kluster, termasuk 136 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Selambau;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment