2,022 jangkitan baharu di Filipina

MANILA 12 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,022 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 545,300.

Setakat pukul 4 petang hari ini, DoH juga merekodkan 26 lagi pesakit meninggal dunia yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kematian iaitu 11,495.

Bagi tempoh yang sama juga, sebanyak 333 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan jumlah kes pulih kepada 500,654 atau 91.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 33,151 atau 6.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment