Indonesia catat 1.2 juta kes

JAKARTA 12 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 1.2 juta orang atau lebih tepat 1,201,859 kes. Hari ini sebanyak 9,869 kes baharu dilaporkan

Lima wilayah yang merekodkan kes harian tertinggi hari jni adalah Jakarta yang mencatatkan 3.810 kes, Kalimantan Timur 931, Jawa Timur 776 , Jawa Barat 683 dan Sulawesi Selatan 676.

Pada masa sama, sebanyak 11.000 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pesakit pulih dari Covid-19 sebanyak 1,004,117 orang.

Selain itu, ada penambahan pesakit meninggal dunia iaitu 275 orang dan ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia kini mencecah 32.656 orang.

Related posts

Leave a Comment