484 kluster aktif, 14 kluster baharu

PUTRAJAYA 12 Feb. – Sebanyak 14 kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif kini 484 dengan 83 daripadanya mencatatkan pertambahan kes hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham.

Katanya, daripada 14 kluster baharu itu, 13 membabitkan tempat kerja iaitu Kluster Jalan Seelong, Jalan Perindustrian Elektronik, Jalan Besar Pontian, Ladang Pekan serta Perindustrian Pelepas di Johor.

Selain itu, Kluster Jalan Jelapang dan Jalan Perusahaan Tiga dilaporkan di Perak; Kluster Tapak Bina Damar dan Taman Industri di Selangor; Kluster Tapak Bina Pantai Dalam di Kuala Lumpur, Kluster Selambau di Kedah; Kluster Teknologi Berendam di Melaka dan Kluster Pangkal Changgong di Kelantan.

Baki satu kluster lagi ialah dalam komuniti iaitu Kluster Kampung Teluk di Perak.

Jumlah kluster yang tamat pula adalah 478 termasuk tujuh kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Batu 39, Kluster Palut, Kluster Cergas, Kluster Tapak Bina Damai, Kluster Lingkaran Lintang, Kluster Ladang Matamba dan Kluster Rengit Sentral.

  • KLUSTER JALAN SEELONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Seelong, Senai, Kulai. Sehingga 12 Februari, 568 individu disaring, di mana 327 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN ELEKTRONIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Kota Tinggi, Pontian, dan Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif  Covid-19 bermula pada 10 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Senai, Kulai. Sehingga 12 Februari, sejumlah 2,190 individu p disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BESAR PONTIAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221817) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Pontian, Pontian Besar, Pontian. Sehingga 12 Februari, sejumlah 102 individu disaring, di mana 64 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LADANG PEKAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244423) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Ladang Pekan, Layang- Layang, Kluang dan juga kontak rapat kepada kes indeks. Sehingga 12 Februari, sejumlah 31 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERINDUSTRIAN PELEPAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Kulai, dan Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193139) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Zon Perindustrian Bebas, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 12 Februari, sejumlah 506 individu disaring, di mana 32 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN JELAPANG

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179533) dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Januari 2021 sebagai kes Influenza–Like Illness. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Jelapang, Kawasan Perindustrian Taman Meru, Ipoh. Sehingga 12 Februari, sejumlah 818 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PERUSAHAAN TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama serta Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-218759) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang  di Jalan Perusahaan Tiga, Kamunting, Larut, Matang, dan Selama. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG TELUK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-234255) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan di tempat kerja. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang berlaku iaitu di Kampung Teluk, Ayer Tawar, Manjung. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 43 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA DAMAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  Covid-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja tapak bina yang menetap di Kampung Bukit Damar, Dengkil, Sepang. Sehingga 12 Februari, sejumlah 701 individu disaring, di mana 64 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAMAN INDUSTRI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Sungai Buloh. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 278 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA PANTAI DALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Pantai Dalam, Lembah Pantai.  Sehingga 12 Februari, sejumlah 265 individu disaring, di mana 94 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SELAMBAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja kilang yang menetap di Bukit Selambau, Mukim Teloi Kiri, Kuala Muda. Sehingga 12 Februari , sejumlah 247 individu disaring, di mana 136 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TEKNOLOGI BERENDAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka; Tampin di Negeri Sembilan; Sepang di Selangor serta Tangkak di Johor. Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Zon Perdagangan Bebas, Batu Berendam, Melaka Tengah.  Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 1,241 individu disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PANGKAL CHANGGONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Machang, Pasir Puteh, dan Tanah Merah di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251555) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian di Kampung Pangkal Changgong, Jalan Tanah Merah Lama, Machang. Sehingga 12 Februari, sejumlah 57 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment