Thailand catat 175 kes baharu

BANGKOK 12 Feb. – Sebanyak 175 lagi kes Covid-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif di Thailand meningkat kepada 24,279 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 120 kes dikesan dalam masyarakat manakala 47 lagi ketika rawatan di hospital.

Samut Sakhon merekodkan 95 kes baharu iaitu 60 dalam masyarakat  iaitu melibatkan 49 warga Myanmar dan 11 warga Thailand manakala kes hospital pula turut melibatkan 18 warga Myanmar dan 15 Thailand.

Sementara itu lapan kes kuarantin selepas ketibaan adalah dari Jordan (1), Jerman (1), Sweden (1), Indonesia (1), Itali (1), Iceland (1), Sierra Leone (1) dan Malaysia (1).

Daripada 24,279, sebanyak 20,210 (83.24%) dilaporkan sembuh termasuk 411 yang dibenarkan keluar hospital hari ini manakala 3,989 sedang menjalani rawatan.

Related posts

Leave a Comment