Naik tiga kes 5,278

PUTRAJAYA 30 Jan. – Naik tiga kes berbanding semalam 5,725, sekaligus jumlah yang direkodkan hari ini 5,728 menjadi kes tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.menjadikan jumlah keseluruhan 209,661 kes. Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan melaporkan jumlah kematian 13 menjadikan kumulatif meninggal dunia 746 manakala kes sembuh baharu adalah 3,805 dengan jumlah kumulatif 161,527 kes (77.04 %) sementara kes  aktif 47,388. Daripada jumlah kes baharu itu,  5,723 kes adalah kes tempatan sementara lima kes import melibatkan dua warganegara dan tiga lagi bukan warganegara. Jumlah kes di unit rawatan rapi (ICU) pula adalah…

Read More

251,101 pekerja asing disaring

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Sebanyak 4,735 orang daripada 251,101 pekerja asing yang disaring Covid-19 disahkan positif manakala 246,366 negatif, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, semalam 8,601 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dengan 133 disahkan positif. Saringan setakat ini melibatkan 10,500 majikan. Beliau juga memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 426 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (93), tidak memakai pelitup muka (88), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (81),…

Read More

48 petugas HSNZ positif

KUALA TERENGGANU 30 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan seramai 48 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dijangkiti Covid-19, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus. Beliau berkata kesemua petugas berkenaan telah diasingkan dan diberi rawatan manakala siasatan untuk mengenal pasti punca jangkitan sedang dijalankan dan kontak rapat kes juga telah disaring dan diasingkan. Dalam satu kenyataan, beliau berkata pengurusan rawatan pesakit di HSNZ masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal. Perkhidmatan Unit Rawatan Rapi (ICU), dewan bedah dan kecemasan juga masih berjalan. Bagaimanapun,…

Read More

Jangan biarkan ‘api itu menyala’

KETIKA membaca kenyataan mengenai penahanan seorang remaja di Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, timbul persoalan sama ada benar apa yang berlaku. Berkali-kali membaca dan menyemak kenyataan panjang lebar oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD). Bimbang tersalah faham. Hakikatnya memang benar. Satu berita yang mengejutkan apabila remaja kaum India berusia 16 tahun itu, bercita-cita melakukan keganasan ke atas dua buah masjid , Masjid Assyafaah dan Masjid Yusof Ishak, sama seperti serangan masjid di Christchurch, New Zealand, dua tahun lalu. BACA berita  1.Remaja rancang serang dua masjid…

Read More

Kes terbanyak di Singapura

SINGAPURA 30 Jan. – Sebanyak 58 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini sekali gus menjadikannya jumlah kes terbanyak di negara ini dalam tempoh lebih empat bulan. Menurut Kementerian Kesihatan,  tiga adalah jangkitan dalam masyarakat sementara baki 55 adalah kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Bilangan 58 kes itu adalah jumlah jangkitan tertinggi di Singapura sejak 11 September tahun lalu, apabila 86 kes dilaporkan. Dalam kalangan kes-kes yang diimport termasuk empat warga Singapura atau penduduk tetap dan 32 pembantu rumah…

Read More

Saudi tangguh buka sempadan

RIYADH 30 Jan. – Arab Saudi menunda tarikh pembukaan semula sempadan daripada 31 Mac kepada 17 Mei berikutan kelewatan negara itu menerima bekalan vaksin Covid-19. Kerajaan Saudi pada 8 Januari memutuskan untuk membuka semula sempadan darat, laut dan udara pada penghujung Mac susulan penurunan dalam kes jangkitan Covid-19. Keputusan terbaru ini adalah berdasarkan kenyataan Menteri Kesihatan Arab Saudi yang mendedahkan bahawa para pengeluar vaksin Covid-19 gagal memenuhi tarikh akhir bagi pembekalan vaksin. Gelombang kedua Covid-19 yang kini menular lebih cepat di seluruh dunia turut mempengaruhi keputusan itu. Sebelum menarik balik…

Read More

Singapura gantung RGL Malaysia

SINGAPURA menggantung laluan hijau timbal balik (RGL) dengan Malaysia, Jerman dan Korea Selatan untuk tempoh selama tiga bulan mulai esok 1 Februari 2021. Sebelum ini RGL dengan Jepun dan Indonesia digantung pada Disember 2020. Kementerian Ehwal Luar Singapura dalam satu kenyataan menyatakan: “Pemerintah Singapura mengkaji semula secara tetap langkah-langkah kawalan sempadannya bagi menangani risiko kes jangkitan import dan susulan itu penyebaran dalam masyarakat dari para pelawat. “Oleh kerana kes Covid-19 meningkat semula di seluruh dunia, Pemerintah Singapura akan menggantung aturan Laluan Hijau Timbal Balik dengan Jerman, Malaysia dan Korea Selatan,…

Read More

MUIS uji dakwaan produk ‘DNA babi’

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah menjalankan pemeriksaan ke atas kilang pengeluaran produk makanan syarikat Li Chuan dan sudah mendapatkan sampel produk-produk terjejas pada 27 Januari lalu. “Sampel-sampel tersebut sudah pun dihantar untuk diuji di makmal-makmal bertauliah. MUIS akan menilai langkah susulan sewajarnya sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan,” kata MUIS dalam satu kenyataan semalam. Langkah itu diambil setelah MUIS, pada 25 Januari, dimaklumkan tentang penemuan DNA babi pada dua produk makanan keluaran syarikat Li Chuan susulan ujian yang dijalankan Jabatan Ehwal Agama Brunei ke atas produk Li Chuan Fish…

Read More

Bersedia lakukan perubahan vaksin

WASHINGTON: Para saintis perlu “lincah” dan bersedia melakukan perubahan terhadap vaksin dalam menghadapi penyebaran mutasi Covid-19 walaupun mutasi setakat ini masih boleh dilindungi vaksin. Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci berkata, sememangnya sifat virus adalah sering bermutasi bagi memudahkan penyebarannya. Justeru, pembuat vaksin perlu bersedia menghasilkan dos baharu dalam menghadapi peningkatan penyebaran mutasi Covid-19 ketika ini. Dalam taklimat Covid-19 di White House, beliau berkata, penularan tergempar ini merupakan peringatan kepada semua agar sentiasa berusaha mengikuti mutasi virus dan bersedia berhadapan dengan virus yang akan sentiasa berubah bagi menjangkiti…

Read More