29 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 31 Jan. – Singapura melaporkan 29 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 59,536 kes. Jumlah kes hari ini menunjukkan penurunan berbanding 58 kes harian semalam, jumlah terbanyak di Singapura dalam tempoh empat bulan. Menurut Kementerian Kesihatan (Moh) kesemuanya adalah kes import yang telah diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini. Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam masyarakat atau di asrama pekerja asing. Singapura melaporkan tiga kes jangkitan dalam masyarakat semalam, 30 Januari setelah tujuh hari berturut-turut tidak melaporkan sebarang kes jangkitan tempatan.

Read More

APABILA ABAH, PAK LONG, PAK NGAH MELAYANI ANAK-ANAK’

PAGI tadi, ketika mengunjungi sebuah kedai runcit @ pasar mini di Bandar Seri Putra, Kajang, seorang petugas kelihatan memegang rotan. Pelanggan diminta beratur, kerusi disediakan. Sebelum ini tidak nampak suasana itu. Tidak boleh masuk ikut suka sebaliknya ikut giliran berdasarkan kapasiti di dalam kedai. Satu tindakan yang baik. Inilah kaedah peniaga menghargai kelonggaran yang diberikan dengan mereka memperkemas dan memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menerima pelanggan. Bukannya sekadar mensyaratkan memakai pelitup muka,  menyediakan pengimbas kehadiran dan suhu badan. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam ‘menggerakkan atau memberi…

Read More

62 sukarelawan terima vaksin

KERAJAAN memulakan suntikan vaksin bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19 kepada 62 sukarelawan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam, Sabtu 30 Januari. Individu itu adalah kumpulan terawal di Malaysia menerima suntikan vaksin berkenaan dan mereka adalah sebahagian daripada 375 individu yang disasarkan menjadi sukarelawan bagi proses penerimaan suntikan kajian klinikal vaksin Covid-19 di hospital itu. Ketua Jabatan Pusat Penyelidikan Klinikal HSAH, Dr Vijaya Kumar L Suppan, berkata sukarelawan terbabit dipilih dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas dan memiliki tubuh badan yang sihat. Selain itu,…

Read More

270 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 30 Jan. – Jika semalam 267 kes direkodkan, hari ini kes baharu Covid-19 di Arab Saudi meningkat tiga kes menjadikan 270 kes dan kumulatif 367,813. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula empat orang berbanding dua semalam menjadikan jumlah kumulatif 6,372 orang meninggal dunia. Pada masa yang sama sebanyak 293 kes sembuh direkodkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes 359,299 atau 97.67 peratus. Kes aktif pula 2,142 di mana 352 kritikal. Riyadh merekodkan 105 kes disusuli wilayah Timur 66 dan Makkah 40.

Read More

Kes jangkitan Indonesia 14,518

JAKARTA 30 Jan. – Kes sembuh di Indonesia 10,242 tetapi jangkitan baharu 14,518. Angka sembuh menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 10,138 semalam dan kes jangkitan juga meningkat berbanding 13,802 semalam. Dengan perkembangan ini jumlah kes sembuh meningkat kepada 862,502 orang dan kes positif pula mencecah 1.066.313 manakala 5.058.977 lagi negatif termasuk 26,111 kes terbaharu. Jawa Barat merekodkan kes positif yang tinggi iaitu 4,601 kes dengan kumulatifnya 147,488 diikuti Jakarta 3,491 dengan kumulatif 266,244 sementara Jawa Tengah 1,237, Jawa Timur 830 dan Kalimantan Timur 701. Bagi kes sembuh, Jakarta mencatatkan 3,566 kes menjadikan…

Read More

930 kes baharu, 1 kematian di Thailand

BANGKOK 30 Jan. – Thailand merekodkan 930 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 17,953 dengan 77 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) daripada 930 kes baharu, sebanyak 916 kes adalah penularan tempatan dan 14 kes import membabitkan tiga warga Thai yang memasuki negara itu dari Malaysia. Kes import lain melibatkan warga tempatan dan luar negara di mana mereka dikuarantin sejurus tiba di negara ini iaitu ketibaan dari Iran (1), Korea Selatan (1), Amerika Syarikat (2), Nigeria (2), Rusia(1),…

Read More

Filipina catat 2,109 kes baharu

MANILA 30 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,109 kes positif Covid-19 setakat pukul 4 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan 523,516 kes. Pada masa yang sama 71 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 10,669 kematian. Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan, sebanyak 475,904 atau 90.9 peratus kes sembuh termasuk 146 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu. Kes aktif pula 36,943 atau 7.1 peratus daripada jumlah kes.

Read More

16 lagi kluster baharu

SEBANYAK 16 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, 30 Januari yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan tiga kluster komuniti. Ia melibatkan negeri Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Perak dan Terengganu. Sehingga 30 Januari, jumlah kluster adalah sebanyak 807 dengan 16 kluster baharu.tertinggi Jumlah kluster yang telah tamat pula sebanyak 420(termasuk empat kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Tujuh, Kluster D’Bajaru, Kluster Tapak Bina Jalan Broga, dan Kluster Mador). Jumlah kluster aktif pula adalah 387 dengan jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu…

Read More