Saudi tangguh buka sempadan

RIYADH 30 Jan. – Arab Saudi menunda tarikh pembukaan semula sempadan daripada 31 Mac kepada 17 Mei berikutan kelewatan negara itu menerima bekalan vaksin Covid-19.

Kerajaan Saudi pada 8 Januari memutuskan untuk membuka semula sempadan darat, laut dan udara pada penghujung Mac susulan penurunan dalam kes jangkitan Covid-19.

Keputusan terbaru ini adalah berdasarkan kenyataan Menteri Kesihatan Arab Saudi yang mendedahkan bahawa para pengeluar vaksin Covid-19 gagal memenuhi tarikh akhir bagi pembekalan vaksin.

Gelombang kedua Covid-19 yang kini menular lebih cepat di seluruh dunia turut mempengaruhi keputusan itu.

Sebelum menarik balik sekatan perjalanan bagi rakyat Saudi dan membuka semula sempadan, kerajaan itu menyasarkan bagi kebanyakan penduduk disuntik vaksin sementara mengekalkan tahap jangkitan pada kadar minimum.

Arab Saudi menggantung penerbangan Disember lalu susulan kemunculan Covid-19 jenis baharu yang lebih mudah berjangkit.

Related posts

Leave a Comment