48 petugas HSNZ positif

KUALA TERENGGANU 30 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan seramai 48 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dijangkiti Covid-19, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus.

Beliau berkata kesemua petugas berkenaan telah diasingkan dan diberi rawatan manakala siasatan untuk mengenal pasti punca jangkitan sedang dijalankan dan kontak rapat kes juga telah disaring dan diasingkan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pengurusan rawatan pesakit di HSNZ masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal. Perkhidmatan Unit Rawatan Rapi (ICU), dewan bedah dan kecemasan juga masih berjalan.

Bagaimanapun, bagi mengurangkan gangguan pada perkhidmatan sedia ada, rawatan kes-kes ringan di Jabatan Kecemasan & Trauma ditutup sementara bermula semalam

Sehubungan itu, jabatan menasihatkan orang awam yang ingin mendapatkan rawatan bagi kes-kes ringan (Green Zone) untuk datang ke Jabatan Pesakit Luar HSNZ atau ke klinik kesihatan berdekatan.

Dr Nor Azimi berkata orang awam juga diminta untuk tidak menularkan sebarang berita tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Related posts

Leave a Comment