Kes terbanyak di Singapura

SINGAPURA 30 Jan. – Sebanyak 58 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini sekali gus menjadikannya jumlah kes terbanyak di negara ini dalam tempoh lebih empat bulan.

Menurut Kementerian Kesihatan,  tiga adalah jangkitan dalam masyarakat sementara baki 55 adalah kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Bilangan 58 kes itu adalah jumlah jangkitan tertinggi di Singapura sejak 11 September tahun lalu, apabila 86 kes dilaporkan.

Dalam kalangan kes-kes yang diimport termasuk empat warga Singapura atau penduduk tetap dan 32 pembantu rumah asing. Tiada jangkitan baharu dikesan di asrama pekerja asing.

Related posts

Leave a Comment