JAIS ‘bebaskan’ tiga daerah

SHAH ALAM 10 Dis. – Hanya masjid dan surau di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor sahaja dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan aktiviti pengimarahan yang berkaitan.

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kebenaran itu yang melibatkan 130 masjid, 21 surau kebenaran Jumaat dan 453 surau adalah mengikut kapasiti sebenar ruang solat dengan penjarakan 1.5 meter.

Bagaimanapun kebenaran itu tidak termasuk sebuah masjid, dua surau Jumaat dan dua surau di Mukim Kuala Selangor berikutan penularan kes di kawasan berkenaan.

Bagi program pengimarahan seperti kuliah maghrib, subuh, dhuha dan bacaan Yasin juga dibenarkan dengan syarat penceramah yang dijemput adalah dari zon hijau sahaja.

Related posts

Leave a Comment