930 kes baharu, 1 kematian di Thailand

BANGKOK 30 Jan. – Thailand merekodkan 930 kes baharu Covid-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 17,953 dengan 77 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) daripada 930 kes baharu, sebanyak 916 kes adalah penularan tempatan dan 14 kes import membabitkan tiga warga Thai yang memasuki negara itu dari Malaysia.

Kes import lain melibatkan warga tempatan dan luar negara di mana mereka dikuarantin sejurus tiba di negara ini iaitu ketibaan dari Iran (1), Korea Selatan (1), Amerika Syarikat (2), Nigeria (2), Rusia(1), United Kingdom (2) dan Jerman(2).

Bagi kes tempatan, 889 kes adalah daripada pengesanan kes aktif dengan 865 di Samut Sakhon, Samut Prakan (18), Maha Sarakham (empat), dan masing-masing satu di Bangkok dan Rayong manakala 27 kes sedang dirawat di hospital.

Kes kematian pula melibatkan pekerja Myanmar berusia 31 tahun di wilayah Samut Sakhon.

Daripada 17,953 kes, sebanyak 11,505 pulih termasuk 109 yang sembuh hari ini manakala sebanyak 6,371 pesakit masih mendapatkan rawatan di hospital dan pelbagai fasiliti, termasuk hospital lapangan.

Related posts

Leave a Comment