Kes jangkitan Indonesia 14,518

JAKARTA 30 Jan. – Kes sembuh di Indonesia 10,242 tetapi jangkitan baharu 14,518. Angka sembuh menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 10,138 semalam dan kes jangkitan juga meningkat berbanding 13,802 semalam.

Dengan perkembangan ini jumlah kes sembuh meningkat kepada 862,502 orang dan kes positif pula mencecah 1.066.313 manakala 5.058.977 lagi negatif termasuk 26,111 kes terbaharu.

Jawa Barat merekodkan kes positif yang tinggi iaitu 4,601 kes dengan kumulatifnya 147,488 diikuti Jakarta 3,491 dengan kumulatif 266,244 sementara Jawa Tengah 1,237, Jawa Timur 830 dan Kalimantan Timur 701.

Bagi kes sembuh, Jakarta mencatatkan 3,566 kes menjadikan kumulatif 238,438 diikuti Jawa Barat 2.643, Jawa Timur 931, Kalimantan Timur 375, Bali 298 dan Jawa Tengah 279.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 210 kes berbanding 187 semalam yang menjadikan jumlah kumulatif 29,728 meninggal dunia.

Kes meninggal dunia yang tinggi direkodkan Jawa Timur dengan 63 kes diikuti Jakarta 30, Jawa Barat 27, Jawa Tengah 18 dan Kalimantan Timur 11.

Related posts

Leave a Comment