29 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 31 Jan. – Singapura melaporkan 29 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 59,536 kes.

Jumlah kes hari ini menunjukkan penurunan berbanding 58 kes harian semalam, jumlah terbanyak di Singapura dalam tempoh empat bulan.

Menurut Kementerian Kesihatan (Moh) kesemuanya adalah kes import yang telah diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini.

Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam masyarakat atau di asrama pekerja asing.

Singapura melaporkan tiga kes jangkitan dalam masyarakat semalam, 30 Januari setelah tujuh hari berturut-turut tidak melaporkan sebarang kes jangkitan tempatan.

Related posts

Leave a Comment