270 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 30 Jan. – Jika semalam 267 kes direkodkan, hari ini kes baharu Covid-19 di Arab Saudi meningkat tiga kes menjadikan 270 kes dan kumulatif 367,813.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula empat orang berbanding dua semalam menjadikan jumlah kumulatif 6,372 orang meninggal dunia.

Pada masa yang sama sebanyak 293 kes sembuh direkodkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes 359,299 atau 97.67 peratus.

Kes aktif pula 2,142 di mana 352 kritikal.

Riyadh merekodkan 105 kes disusuli wilayah Timur 66 dan Makkah 40.

Related posts

Leave a Comment