16 lagi kluster baharu

SEBANYAK 16 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, 30 Januari yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

Ia melibatkan negeri Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Perak dan Terengganu.

Sehingga 30 Januari, jumlah kluster adalah sebanyak 807 dengan 16 kluster baharu.tertinggi

Jumlah kluster yang telah tamat pula sebanyak 420(termasuk empat kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Tujuh, Kluster D’Bajaru, Kluster Tapak Bina Jalan Broga, dan Kluster Mador).

Jumlah kluster aktif pula adalah 387 dengan jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah sebanyak 97.

Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (567 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (103 kes), dan Kluster Pasai (96 kes).

Related posts

Leave a Comment