Filipina catat 2,109 kes baharu

MANILA 30 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,109 kes positif Covid-19 setakat pukul 4 petang ini menjadikan jumlah keseluruhan 523,516 kes.

Pada masa yang sama 71 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 10,669 kematian.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan, sebanyak 475,904 atau 90.9 peratus kes sembuh termasuk 146 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.

Kes aktif pula 36,943 atau 7.1 peratus daripada jumlah kes.

Related posts

Leave a Comment