117 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 10 Jan. – Arab Saudi merekodkan 117 kes baharu Covid-19 dalam tempoh  24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 363,809 dengan kes aktif 1,970 di mana 309 kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak lima lagi kematian direkodkan yang membawa kepada 6,291  pesakit meninggal dunia. Sebanyak 166 pesakit sembuh dan ini menambah jumlah pesakit yang pulih daripada Covid-19 sebanyak 355,548 orang. Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 47 kes disusuli Makkah dan wilayah Timur masing-masing 22 kes dan wilayah Asir enam kes.

Read More

Indonesia catat 9,640 kes positif

JAKARTA 10 Jan. – Indonesia hari ini merekodkan 9,640 kes positif harian, 7,513 pesakit sembuh 7,513, kematian 182 orang dan kes aktif sebanyak 122,873. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes adalah 828,026 dengan kematian terkumpul sebanyak 24,129 orang manakala kes sembuh 681,024. Provinsi Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 2,903  dengan kumulatifnya 184,438 , Jawa Timur 969 kes, Jawa Barat 952, Sulawesi Selatan 545, Kalimantan Timur 316 dan Jawa Tengah 143. Jakarta juga turut mencatatkan kes positif tertinggi dengan 2,711 kes dan kumulatifnya 206,122, Jawa Barat 1,468, Jawa Tengah…

Read More

Mercedes S560e: Ketua Menteri mohon maaf

GEORGETOWN 10 Jan. – Disebabkan Mercedes S560e, Ketua Menteri Chow Kon Yeow memohon maaf kepada seluruh rakyat Pulau Pinang berikutan pembelian kereta rasmi baharu itu ketika negara berhadapan waktu sukar akibat Covid-19. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota itu berkata, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas pembelian kereta model tahun 2019 berharga kira-kira RM458,000 (S$150,000). Pihaknya akan lebih berhati-hati membuat pertimbangan khususnya membabitkan pembelian dan ia menjadi pengajaran buat beliau dan kerajaan negeri kerana walaupun ada keperluan untuk menukar kereta rasmi namun masanya kurang tepat. “Kereta untuk kegunaan Ketua…

Read More

Kes di Sabah 40,263

KOTA KINABALU 10 Jan. –  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 403 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 40,263 kes dengan satu kematian direkodkan di daerah Kota Kinabalu. Sebanyak 236 pesakit Covid-19 juga dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 37,021 orang. Sejumlah 2,653 pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 673 orang di hospital dan 1980 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) sementara pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Di samping itu satu kluster baharu dilaporkan di daerah Sandakan…

Read More

Lima lagi kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 10 Jan. – Lima lagi kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau kini ialah 254 dan daripada jumlah itu, sebanyak 65 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima kluster baharu itu adalah Kluster Tapak Bina Cyber, Kluster Texmile dan Kluster Jalan Sibuga serta dua kluster rentas negeri iaitu Kluster Alor Durian dan Kluster Wakaf Lanas. Kluster Tapak Bina Cyber dikesan melibatkan daerah Sepang, Petaling, Klang dan Hulu Langat di Selangor mencatat 67 kes positif Covid-19; Kluster Texmile di Gombak,…

Read More

Selangor, Sabah, Johor mendahului

BAGI kes jangkitan harian hari ini, Selangor masih mendahului dengan merekodkan 730 kes diikuti Sabah 403 dan Johor 321 kes. Di Selangor, sebanyak 177 kes adalah dari kluster sedia ada, empat dari kluster baharu (Tapak Bina Cyber & Texmile), 329 saringan kontak rapat dan 220 lain-lain saringan. Sabah pula merekodkan 11 kes dari kluster sedia ada, empat dari kluster baharu (Jalan Sibuga), 268 saringan kontak rapat dan 120 lain-lain saringan. Johor pula mencatatkan 134 kes dari kluster sedia ada, 70 saringan kontak rapat 114 lain-lain saringan, dan tiga kes import.

Read More

2,433 kes baharu, 9 kematian

PUTRAJAYA 10 Jan. – Sejumlah 2,433 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif ialah 135,992 manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 27,332 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan kematian dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada Jumlah kes sembuh pula sebanyak 1,277, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya ialah 108,109 kes iaitu 79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di negara ini. Daripada jumlah kes baharu yang dilapor hari ini, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar…

Read More

203 individu ingkar di pusat hiburan

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Sebanyak 528 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana 203 berkaitan aktiviti pusat hiburan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Dalam satu kenyataan hari ini, Ismail Sabri berkata, daripada 528 itu, sebanyak 525 dikompaun manakala tiga direman. Kesalahan ingkar arahan PKP yang lain adalah  tidak memakai pelitup muka (149), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (73) dan lain-lain (2). Mengenai Operasi Benteng, sebanyak 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan serta merampas tiga…

Read More

Kesukaran hospital jika kes 5,000 sehari

KOTA BHARU 10 Jan. – Kerajaan mengakui berdepan dengan kesukaran untuk menampung keperluan pesakit di hospital sekiranya kes baharu Covid-19 yang dikesan melebihi 5,000 kes sehari. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kekurangan kemudahan katil antara masalah yang dibimbangi seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. “Ada kebimbangan dari segi katil, takut tidak cukup. Itu membimbangkan. Setakat ini boleh tampung lagi walau kes mencecah 2,000 atau lebih 3,000 (sehari) tetapi kalau 5,000 sehari memang agak sukar untuk menampung keperluan. “Oleh kerana belum sampai maka tanggungjawab…

Read More

Pence hadir angkat sumpah Biden

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, akan menghadiri upacara angkat sumpah jawatan bakal presiden Joe Biden pada 20 Januari ini. Semalam, 9 Januari, Trump mengumumkan beliau tidak akan menghadiri upacara itu, yang secara tradisi dihadiri oleh kedua-dua presiden dan bakal presiden. Sebelum ini,  Pence adalah antara penyokong kuat Trump tetapi hubungan mereka mula keruh sejak 6 Januari apabila Pence secara rasmi mengisytiharkan kemenangan Biden dalam pilihan raya yang diadakan dalam bulan November 2020. Pada Rabu lalu juga, para penyokong sayap kanan menunjuk perasaan dan memecah masuk bangunan Capitol Amerika…

Read More