203 individu ingkar di pusat hiburan

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Sebanyak 528 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana 203 berkaitan aktiviti pusat hiburan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ismail Sabri berkata, daripada 528 itu, sebanyak 525 dikompaun manakala tiga direman.

Kesalahan ingkar arahan PKP yang lain adalah  tidak memakai pelitup muka (149), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (101), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (73) dan lain-lain (2).

Mengenai Operasi Benteng, sebanyak 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan serta merampas tiga buah kenderaan darat.

Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 7,892 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 92,731 individu dibenarkan pulang.

Related posts

Leave a Comment