Indonesia catat 9,640 kes positif

JAKARTA 10 Jan. – Indonesia hari ini merekodkan 9,640 kes positif harian, 7,513 pesakit sembuh 7,513, kematian 182 orang dan kes aktif sebanyak 122,873.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes adalah 828,026 dengan kematian terkumpul sebanyak 24,129 orang manakala kes sembuh 681,024.

Provinsi Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 2,903  dengan kumulatifnya 184,438 , Jawa Timur 969 kes, Jawa Barat 952, Sulawesi Selatan 545, Kalimantan Timur 316 dan Jawa Tengah 143.

Jakarta juga turut mencatatkan kes positif tertinggi dengan 2,711 kes dan kumulatifnya 206,122, Jawa Barat 1,468, Jawa Tengah 1.045, Jawa Timur 1,004 dan Sulawesi Selatan 585 kes.

Bagi kematian pula, Jawa Timur merekodkan 61 kes dan kumulatifnya  6.441 kes,  Jakarta 31,. Jawa Tengah 17, Yogyakarta sembilan dan Jawa Barat lapan.

Related posts

Leave a Comment