2,433 kes baharu, 9 kematian

PUTRAJAYA 10 Jan. – Sejumlah 2,433 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif ialah 135,992 manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 27,332 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan kematian dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada

Jumlah kes sembuh pula sebanyak 1,277, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya ialah 108,109 kes iaitu 79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di negara ini.

Daripada jumlah kes baharu yang dilapor hari ini, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan Covid-19 dalam negara pula sebanyak 2,426 kes. 

Bagi kes penularan di dalam negara, 1,784 kes adalah warganegara Malaysia dan 642 kes adalah bukan warganegara.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian pula membabitkan enam lelaki termasuk dua bukan warganegara, serta tiga wanita warga Malaysia yang berusia antara 37 hingga 94 tahun, melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 171 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment