Pence hadir angkat sumpah Biden

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, akan menghadiri upacara angkat sumpah jawatan bakal presiden Joe Biden pada 20 Januari ini.

Semalam, 9 Januari, Trump mengumumkan beliau tidak akan menghadiri upacara itu, yang secara tradisi dihadiri oleh kedua-dua presiden dan bakal presiden.

Sebelum ini,  Pence adalah antara penyokong kuat Trump tetapi hubungan mereka mula keruh sejak 6 Januari apabila Pence secara rasmi mengisytiharkan kemenangan Biden dalam pilihan raya yang diadakan dalam bulan November 2020.

Pada Rabu lalu juga, para penyokong sayap kanan menunjuk perasaan dan memecah masuk bangunan Capitol Amerika Syarikat, dalam usaha mereka untuk menghentikan Kongres daripada mengisytiharkan kemenangan Biden.

Biden sebelum ini pernah berkata bahawa kehadiran Pence ke upacara tersebut dialu-alukan.

“Saya rasa penting, walaupun kita cuba untuk mengekalkan tradisi yang sudah tercatat dalam sejarah tentang bagaimana peralihan kuasa sepatutnya dilakukan, kami berbesar hati untuk menerima kehadirannya (Pence) dan teruskan peralihan kuasa,” kata Biden. 

(Foto FB Pence)

Related posts

Leave a Comment