DUBAI – Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengecam serangan Iran yang didakwa menyasarkan dua kapal berkaitan Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC) milik kerajaan ketika melalui Selat Hormuz, hari ini.
Menurut Kementerian Luar UAE, serangan Iran itu disifatkan sebagai tindakan bermusuhan yang menyasar dua kapal berkaitan ADNOC di Selat Hormuz.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Sementara itu, ADNOC turut mengesahkan insiden yang berlaku itu, namun menegaskan keadaan kini berjaya dikawal.
Iran kini menyekat laluan di Selat Hormuz secara menyeluruh dan mahu mengenakan bayaran kepada kapal yang melaluinya iaitu tindakan yang ditentang keras oleh Amerika Syarikat (AS).
Pada masa sama, Iran sedang berbincang dengan Oman mengenai pengurusan selat itu pada masa depan.
