117 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 10 Jan. – Arab Saudi merekodkan 117 kes baharu Covid-19 dalam tempoh  24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 363,809 dengan kes aktif 1,970 di mana 309 kritikal.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak lima lagi kematian direkodkan yang membawa kepada 6,291  pesakit meninggal dunia.

Sebanyak 166 pesakit sembuh dan ini menambah jumlah pesakit yang pulih daripada Covid-19 sebanyak 355,548 orang.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 47 kes disusuli Makkah dan wilayah Timur masing-masing 22 kes dan wilayah Asir enam kes.

Related posts

Leave a Comment