Kes di Sabah 40,263

KOTA KINABALU 10 Jan. –  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 403 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 40,263 kes dengan satu kematian direkodkan di daerah Kota Kinabalu.

Sebanyak 236 pesakit Covid-19 juga dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 37,021 orang.

Sejumlah 2,653 pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 673 orang di hospital dan 1980 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) sementara pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Di samping itu satu kluster baharu dilaporkan di daerah Sandakan iaitu Kluster Jalan Sibuga yang mencatatkan sebanyak empat kes menjadikan jumlah kumulatif sembilan kes. Kluster ini dikesan melalui saringan bergejala dan saringan kontak rapat di Rumah Warga Tua Sri Harapan.

Daripada 403 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 263 kes (65.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 70 kes (17.4%), saringan rentas negeri 17 kes (4.2%), saringan kluster baharu dan kluster- kluster sedia ada 22 kes (5.5%), dan 31 kes (7.7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 1,001 unit sementara di  PKRC adalah 5,588 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,589 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 40.26%.

Related posts

Leave a Comment