Kesukaran hospital jika kes 5,000 sehari

KOTA BHARU 10 Jan. – Kerajaan mengakui berdepan dengan kesukaran untuk menampung keperluan pesakit di hospital sekiranya kes baharu Covid-19 yang dikesan melebihi 5,000 kes sehari.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kekurangan kemudahan katil antara masalah yang dibimbangi seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ada kebimbangan dari segi katil, takut tidak cukup. Itu membimbangkan. Setakat ini boleh tampung lagi walau kes mencecah 2,000 atau lebih 3,000 (sehari) tetapi kalau 5,000 sehari memang agak sukar untuk menampung keperluan.

“Oleh kerana belum sampai maka tanggungjawab kita kena pastikan tidak sampai tahap itu jadi kalau semua rakyat kerjasama mematuhi SOP, Insyaallah kita mampu melandaikan graf jangkitan,” katanya pada majlis penyerahan barang bantuan banjir di Dewan Hamid Bidin Kem Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Related posts

Leave a Comment