Varian baharu di Perancis

PARIS: Kementerian Kesihatan Perancis mengesahkan kes pertama varian baru Covid-19 yang didapati lebih mudah berjangkit . Kes pertama itu dikesan selepas seorang warga Perancis yang menetap di Britain pulang ke negara asalnya. Walaupun tidak bergejala, dia diarahkan supaya menjalani kuarantin di kediamannya di Tours, bahagian tengah Perancis. Individu tersebut pulang dari London pada 19 Disember dan menjalani ujian di hospital dua hari kemudian dan disahkan positif varian baru itu yang dikenali sebagai VOC 202012/01. Pihak berkuasa kesihatan sudah menjalankan pengesanan kontak bagi membolehkan para karyawan kesihatan merawat pesakit tersebut. Menurut…

Read More

Titah Tuanku mengenai Adib

MENYELAK kembali catatan lama terjumpa titah ucapan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada Majlis Penyampaian Tauliah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan Sijil Pelantikan Kehakiman Syarie Pulau Pinang dua tahun lalu. Baginda turut menyentuh mengenai Muhammad Adib: Wira Terbilang”. Berikut antara intipati titah Tuanku untuk renungan dan peringatan bersama. “MUHAMMAD ADIB: WIRA TERBILANG” Muhammad Adib bin Mohd. Kassim, seorang anggota bomba dan penyelamat, yang memenuhi tugas negara, telah menjadi korban dalam peristiwa hitam yang berlaku di tapak kuil Seafield, Subang. Dilaporkan, Muhammad Adib, telah ditarik keluar daripada…

Read More

Tsunami jadi kenangan….

CATATAN DARI FB SAYA : 26 Disember 2018 26/12/2004 – 26/12/2018 TSUNAMI: Hari ini tidak ada penerbitan akhbar @ media cetak. Semalam semua bercuti kerana menyambut Krismas. Setiap kali Krismas juga akan mengingatkan kita tarikh 26 Disember 2004. Ombak besar tsunami menerjah beberapa sudut dunia pada tarikh berkenaan. Acheh paling parah, lebih 160,000 jiwa dilaporkan menjadi korban. Tsunami sebelum itu terlalu asing bagi kebanyakan kita. Hanya gempa bumi yang diberi perhatian. Namun sejak itu, tsunami yang banyak memberi pengajaran dan keinsafan kepada manusia begitu popular. Sehinggakan di Malaysia istilah tsunami…

Read More

Arab Saudi catat 178 kes

RIYADH 25 Dis. – Arab Saudi merekodkan 178 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 189 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 361,903 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 6,168 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 190 kes dilaporkan pulih sekaligus menambah jumlah pesakit sembuh kepada 352,815,atau 97.48 peratus daripada jumlah kes. Kes aktif pula sebanyak 2,920 di mana 376 dilaporkan kritikal. Sementara itu Riyadh merekodkan 44 kes jangkitan diikuti Makkah dan Madinah masing-masing 31 dan wilayah Timur 29.

Read More

81 kes baharu di Thailand

BANGKOK 25 Dis. – Sebanyak 81 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif 5,910 kes dan kematian kekal 60. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes positif melibatkan 37 jangkitan tempatan, 35 pekerja asing dan sembilan kes import yang melibatkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba di negara ini. Sebanyak 26 daripada 37 kes jangkitan tempatan, ada kaitan dengan penyebaran virus di wilayah Samut Sakhon dan 11 lagi dalam siasatan. Setakat ini Covid-19 telah merebak ke sekurang-kurangnya 31 wilayah dan lebih 1,300 kes dilaporkan ada kaitan…

Read More

Kes di Indonesia cecah 700,097

JAKARTA 25 Dis. – Jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini mencecah 700,097 apabila 7,259 lagi kes positif direkodkan hari ini. Data Kementerian Kesihatan menunjukkan kes aktif pula adalah sebanyak 108,946 atau 15.6 peratus daripada jumlah kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 20,847 termasuk 258 kematian yang dilaporkan hari ini. Bagi pesakit sembuh pula, sebanyak 6,324 pesakit disahkan sembuh dan ini menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 570.304 orang. Daripada 7,259 kes positif hari ini, Jakarta merekodkan 2,096 kes dengan jumlah kumulatif 171,871 kes diikuti…

Read More

Kawalan kendiri jadi amalan

PUTRAJAYA 25 Dis. – Majoriti responden tinjauan amalan norma baharu oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan mereka sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi pencegahan Covid-19, iaitu memakai pelitup muka (93.3 peratus), menjaga jarak fizikal (89.6 peratus), dan mencuci tangan dengan air serta sabun atau hand sanitizer (89.7%). Bagaimanapun hampir kesemua responden hanya berani menegur ahli keluarga dan kira-kira 80 peratus berani menegur rakan-rakan sementara 56 hingga 59 peratus  tidak berani menegur orang lain berhubung amalan pencegahan yang disenaraikan. Tinjauan amalan norma baharu secara atas talian daripada 25 hingga 30 November 2020 itu melibatkan…

Read More

Lagi empat kluster baharu

PUTRAJAYA 25 Dis. – Sehingga 25 Disember 2020, terdapat 472 kluster dilaporkan termasuk empat kluster baharu hari ini manakala kluster yang tamat pula adalah 268 termasuk enam hari ini iaitu Kluster Tanamera, Kluster Jalan Kalabakan, Kluster Seri Terapi, Kluster Seri Pasir, Kluster Astaka dan Kluster Tembaga. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 204  kluster dan daripada jumlah tersebut, 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Gajah (113 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (86 kes), dan Kluster…

Read More

PKPD Asrama Pekerja Westlite

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru bermula 26 Disember sehingga 8 Januari 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kawasan itu melibatkan 231 unit rumah, dengan anggaran jumlah penghuni seramai 3,116 orang. Jelas beliau, keputusan untuk melaksanakan PKPD di Asrama Pekerja Westlite dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di kawasan itu. “Saringan dalam masa tiga hari iaitu bermula 21 hingga 23 Disember 2020, KKM mendapati…

Read More