PKPD Asrama Pekerja Westlite

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru bermula 26 Disember sehingga 8 Januari 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kawasan itu melibatkan 231 unit rumah, dengan anggaran jumlah penghuni seramai 3,116 orang.

Jelas beliau, keputusan untuk melaksanakan PKPD di Asrama Pekerja Westlite dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di kawasan itu.

“Saringan dalam masa tiga hari iaitu bermula 21 hingga 23 Disember 2020, KKM mendapati seramai 115 orang daripada 3,116 penghuni di asrama tersebut positif Covid-19 yang mana kesemua penghuninya adalah pekerja warga asing.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru bermula 26 Disember 2020 sehingga 8 Januari 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Related posts

Leave a Comment